Tuesday, December 14

ini yg aku hendakkan ...

khas didedikasikan utk yg tersyg...

kalau die mmbce...

credit kt ustazah siti nor jaffar dr fb..petik dr die ni...hehehhe


Wanita, Akal Senipis Rambutnya...

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita...Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah, Masih mencari walau ada segalanya...

Apa yang tiada dalam Syurga? Namun Adam tetap rindukan Hawa...

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki...Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok akan menghasilkan bayang yang lurus?

Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T. Didiklah mereka dengan panduan dariNya...

Janganlah cuba menjinakkan mereka dengan harta, Kerana nantinya mereka akan semakin liar...Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, Kerana nantinya mereka akan semakin derita...

Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang paling kekal...Di situlah punca kekuatan dunia!!

Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu...Hati serapuh kaca, kuatkan ia dengan iman...Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak...

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan melihat nilaian dan keadilan Tuhan...Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan bererti satu kelemahan..Ia bukan diskriminasi Tuhan, Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Tuhan...

Wanita lupa yang hakikat kejadiannya,Pasti tidak akan terhibur dan menghiburkan, Tanpa iman, ilmu dan akhlak...Mereka tidak akan lurus, Bahkan semakin membengkok...

Itulah akibatnya andai wanita tidak kenal Tuhannya...Bila wanita menjadi derhaka, Pasti dunia lelaki akan menjadi huru-hara...

Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata, tapi binalah kepimpinan...Jinakkanlah dirimu kepada Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu...

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahrah, Andai dirimu tidak sehebat Saidina Ali Karamallahuwajhah...

No comments:

Post a Comment