Monday, February 7

adakah aku di serang penyakit ini???

cewah!!
heheheh



baru2 ni..
balik umah..
aku yg elok2 sihat..
telahpon di jangkiti virus turun temurun...


ianya di warisi dr abah...
kemudian di turunkan plak kpd mama...
plus2 sakit perut tau!!!


selepas itu..
adik2 aku plak..


ketika itu..
aku masih di dlm zon selamat!!!
sebab aku ade kt kolej yg jauh + hampeh ni...


mmg selamat la..
aku sorg je yg sihat..
tnpe sebarang penyakit ketika itu...



itu semua "ketika itu" ok!!!


sekarang?
ape jd?
batuk koh3 aku tau!!!!


sakit oo tekak...
mcm ape plak..


jgkitan utama adalah berpunca dr ipin!!!
mne x nye...batuk2..
nyampah kami mendgr nye..heheheh..(gurau jer..)


alih2..kena btg hidung sndr...



dan2 la...
mmg kebetulan la...
aku bru nk jadi batuk ni...

kuar kt paper..
citer pasal kesihatan..


dan aku tertarik dgn nme penyakit ni..
"batuk kokol"


wah!!!
sgt rare!!huhuhu



tp td...aku serach2 tenet...
jumpe kt: sini


katenye..

Bahaya lendir batuk kokol

Jangan ambil ringan sekiranya anak anda diserang penyakit batuk kokol. Tanpa rawatan yang betul, maut mungkin boleh menjadi noktah akhir penderitaan batuk anak anda.

ramai yang tidak sedar ada beberapa jenis batuk yang jika tidak disusuli dengan rawatan boleh mengundang maut terutamanya jika ia menyerang kanak-kanak atau bayi.

Salah satu jenis batuk yang wajar menjadi perhatian ibu bapa ialah batuk kokol atau disebut juga whooping cough.

Berpunca daripada sejenis bakteria bordetella pertussis lazimnya batuk kokol akan bermula dengan sindrom selesema biasa yang disertai batuk. Sebelum ia disahkan sebagai batuk kokol, anak anda akan diserang batuk yang lebih teruk hingga menyebabkan dia sukar bernafas.


Untuk mengesan lagi keadaan itu, anda akan terdengar bunyi whoop ketika anak itu sedang menarik nafas. Keadaan ini berbahaya untuk bayi hingga boleh membawa maut kerana bayi tidak tahu membuang lendiran yang menyekat pernafasan dan menyedut udara.

Kerana itu, kematian disebabkan batuk kokol pernah dicatatkan sebelum ini terutamanya di negara-negara miskin seperti benua Afrika. Malah, jika batuk kokol dalam kalangan bayi dan kanak-kanak tidak diatasi segera sebanyak 20 peratus daripada mereka biasanya mendapat radang paru-paru (pneumonia).

Adakalanya selepas kerap batuk, anak akan muntah. Lebih malang lagi, keadaan itu boleh berlanjutan sehingga lebih dua bulan. Justeru, bagi mengelak anak daripada terkena jangkitan kedua selepas batuk kokol, pastikan anak anda mendapatkan suntikan imun daripada doktor untuk penyakit berjangkit itu.


hah!!!

kalau rajin...

korg bce la sendiri..


hish2...upe2nye sgt merbahaya pd kanak2...

hehehe...terase diriku masih kanak2 plak!!!(ngade2 kejap)



maka...

lps ni..kwn2 aku pasti kena jgkitan virus ini pulak...

cian korg!!!wahahahahha

No comments:

Post a Comment